
Kursus Intel Teach Essentials ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu guru-guru kelas mengembangkan pembelajaran kendiri murid-murid dengan gabungan teknologi demi mewujudkan satu sesi pembelajaran yang seronok dan bermakna selaras dengan kehendak dan keperluan murid.
Ini juga terkandung dalam falsafah pendidikan negara yang mana penggunaan teknologi juga dititikberatkan demi merealisasikan wawasan 2020 yang diwar-warkan kepada umum beberapa tahun yang lalu.
Pembelajaran dengan teknologi terkini merupakan pembelajaran tanpa ruang dan sempadan yang jika ianya dikuasai oleh murid, maka murid berkemampuan untuk meneroka alam pembelajaran dengan masa dan kaedah mereka tersendiri yang mana guru hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja.
Semoga usaha murni ini diteruskan dari masa ke semasa. Kepada guru-guru yang terlibat, anggaplah ini sebagai satu tugas walaupun ianya perit terpaksa mengorbankan cuti dan masa untuk keluarga kerana kursus ini dijalankan bermula semalam, Jumaat 09 April dan akan tamat pada 13 April 2010.
The goal of the Intel Teach Essentials Course is to help classroom teachers develop student-centered learning through technology integration and project-based approaches.

No comments:
Post a Comment